KEJAYAAN CEMERLANG UPSR 2009

KEJAYAAN CEMERLANG UPSR 2009

SALAM MAAL HJIRAH 1431H (18.12.2009-KHAMIS)

>> Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun 1430H

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda .
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia. Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."

Doa Awal Tahun 1431H

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Read more...

INFO ISLAMI...SEBELUM HIJRAH 1431H

>> Wednesday, December 16, 2009

Kritikan dan cercaan adalah satu penawar buat mereka yang menerimanya. Benar atau salah kritikan dan cercaan tidaklah terlalu penting untuk dipertimbangkan. Akhirnya, bertanya kepada diri sendiri apakah yang boleh diperbaiki untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Bagaimanapun – dalam kebanyakan kes – kritikan, celaan atau cercaan yang lahir daripada perasaan dendam, iri hati, cemburu atau sakit hati merupakan penyakit hati yang perlu dirawat.

Dulu-dulu saya sangat hairan kenapa apabila seseorang tidak menggemari [menyukai] individu yang lain, beliau masih mahu mengetahui perkembangan orang tersebut. Kemudian, bila dilihat individu itu semakin berjaya maka semakin sakitlah hatinya.

Kini saya faham, penyakit hati adalah penyakit yang sangat kronik lebih dasyat daripada kanser, jantung dan yang setaraf dengannya!

Saya tertarik dengan satu bacaan berdasarkan tulisan Dr. H. Azhari Kasim, Pemasaran Berbasis (Berasas [?]) Islam, Universitas Muhammadiyah, Indonesia. Beliau menulis:

Penyakit hati yang lain, selain su’uzh-zhann adalah ghibah. Dilarang ghibah (mengumpat/menjelek-jelekkan). Seperti firman Allah, ”Dan jangan sebagian dari kamu mengumpat sebagian yang lain.” Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika saudaraku itu memang seperti yang saya katakan tadi? Rasulullah SAW menjawab: ”jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, berarti kamu mengumpatnya (ghibah), dan jika tidak seperti yang kamu bicarakan itu, kamu telah memfitnahnya.”

Dari A’isyah berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: Kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek. Maka menjawab Nabi: sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut, niscaya akan tercemar.”

Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, menodai harga diri, kemuliaan, dan kehormatan orang lain, sedangkan mereka itu tidak ada di hadapannya. Sikap semacam ini merupakan salah satu bentuk penghancuran karakter. Ghibah disebut juga suatu ejekan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

Islam melindungi kehormatan pribadi dari suatu pembicaraan oleh yang tidak disukainya untuk disebut-sebut dalam ghibah, seperti dituturkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, ”Barang siapa membicarakan seseorang dengan sesuatu yang tidak ada padanya karena hendak mencela dia, Allah akan tahan dia di Neraka Jahanam, sehingga dia datang untuk membebaskan apa yang dia bicarakan itu.”

Ah…. takutkah manusia? Saya mengingati diri. Tanpa disedari ghibah muncul bersama kelemahan hati dan perasaan. Ampunilah daku ya Allah.
(sumber : http://muhdkamil.net/kehidupan/)

Read more...

GURU PENDIDIKAN ISLAM SKS3F KE PERSIDANGAN INOVASI PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

>> Thursday, December 3, 2009




Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Pendidikan Islam telah selamat disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Hajjah Norezan bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).

Beliau antara lain mengucapkan tahniah dan Syabas kepada BPI dan juga GPI yang telah menghasilkan Inovasi dalam usaha memartabatkan Pendidikan Islam. Beliau melahirkan rasa kagum dan bangganya dengan usaha-usaha GPI yang dilihat lebih terkehadapan dalam inovasi. Ini membuktikan bahawa GPI bukan sahaja hanya pandai berceramah seperti tanggapan sesetengah pihak. Sebaliknya GPI juga telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dalam bidang teknologi dan juga ICT. Terima Kasih Dato'.

PERSIDANGAN INOVASI MELABUH TIRAI
Inovasi pendidikan perlu dimaksimumkan (Utusan Malaysia)

04/12/2009 4:35pm

KUALA LUMPUR 4 Dis — Inovasi dalam sektor pelajaran perlu dijana semaksimum mungkin bagi mengekang peningkatan kadar kemiskinan akibat pengurangan peruntukan kerajaan kepada sektor itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata memandangkan pelajaran adalah enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, banyak negara kini menukar tumpuannya kepada sektor pelajaran sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan perpaduan sosial.
"Dalam era krisis ekonomi global yang sedang kita hadapi ini, sektor pelajaran seluruh dunia turut mengalami kesan daripada segi agihan peruntukan bajet negara.
"Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dan perlu menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran,” katanya dalam teks ucapan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Meor Shaharuddin di Subang Jaya dekat sini hari ini.
Puad berkata inovasi dalam sektor pelajaran juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet baru-baru ini yang menegaskan Malaysia perlu beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus berasing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.
Oleh itu, Puad berkata kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia yang merangkumi Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama cuba untuk mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh.
"Ia meliputi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial, inovasi penjenamaan dan tidak ketinggalan inovasi pendidikan,” katanya.
Beliau berkata perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti atau hasil kerja dan perkhidmatan.
Katanya Kementerian Pelajaran juga telah mewujudkan semula pertandingan Anugerah Inovasi untuk memberi pengiktirafan kepada bahagian atau institusi pendidikan yang menunjukkan prestasi cemerlang melalui inovasi yang dilaksanakan.

Read more...

TAHNIAH !!!! 22 ORANG 5A UPSR 2009

>> Thursday, November 19, 2009

5A

  1. AMIRUDDIN BIN MOHD AZMAN
  2. FARINA NUR ANIS ABD HALIM
  3. MOHAMAD HAFIZ BIN A AZIZ
  4. MUHAMAD JAMIL AMZARIE
  5. MUHAMAD SYAMIRUL BIN MUS
  6. MUHAMMAD HAZIQ FITRI BIN MAZLAN
  7. MUHAMMAD NUR FAISAL BIN SHAMSUL HILMI
  8. MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAHMAN
  9. MUHAMMAD TAJUDDIN BIN TABRIS
  10. MUHAMMAD ZAHIR BIN ASAHAR
  11. NOOR ALEEZA FATIHAH BT ZAILAN
  12. NUR AMIRAH BT MOHD NORDINAlign Center
  13. NUR AQILAH NATASHA BT MOHD FADZLI
  14. NUR FARRAH ADLINA BT HAMDAN
  15. NUR HAYANI BT NASIR
  16. NUR NASHRUHA BT MOHD SIDEK
  17. NUR SAFWANAH SYUHAIDAH BT MOKHTADIN
  18. NURANIS SYAZMI BT MOHD NAZERI
  19. NURUL IZATY BT ZAIDI
  20. NURUL AZZIERA BT SHAMSUDIN
  21. SITI NURNAFISAH BT MOHD ZURAIDI
  22. WAN NUR ARNIS BT WAN AZIZ
4A 1B
  1. KHAIRUL AZWAN BIN AZAMRIE SHAH
  2. MUHAMMAD FADZRIN BIN OTHMAN
  3. NUR AISHAH BT NAHARUDIN
  4. MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD ZAKI

HANYA DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG BERUSAHA !

Firman Allah dalam Surah At-Thalaq (65) ayat 3 ertinya “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Read more...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

>> Sunday, November 15, 2009

Read more...

HARI TERBUKA SK SERTING 3 (F)

>> Wednesday, July 8, 2009

PADA 27.06.2009 (SABTU ) TELAH DIADAKAN HARI TERBUKA SKS3F BAGI IBU BAPA MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PRESTASI ANAK-ANAK MEREKA.PROGRAM INI TELAH MENDAPAT SAMBUTAN YANG MEMBANGGAKAN .DIHARAPKAN PARA IBU BAPA SAMA-SAMA DAPAT MEMBANGUNKAN PRESTASI ANAK MASING-MASING.

Read more...

LAWATAN GURU-GURU PELATIH (OPSYEN PEMULIHAN)

Pada 01.07.2009 (Rabu ) lawatan pelatih-pelatih dari Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban untuk melihat perjalanan kelas pemulihan di bawah guru pemulihan yang berdedikasi iaitu En.
Khairul Azman bin Abd Kadir.

Read more...

PROFIL SK SERTING 3 (F) ONLINE

PEMBINA PROFIL SKS3F 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ

PROFIL SKS3F

PEMBINA PROFIL SKS3F THN 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ

PANORAMA - SUMBER PROFIL SK SERTING 3 (F)

PEMBINA PROFIL SKS3F : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ 2006-2009

1MALAYSIA

INFO KESELAMATAN ICT

Video Keselamatan Komputer 1

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

Video Keselamatan Komputer 2

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

PRASARANA SEKOLAH

PEMBINA PROFIL SKS3F 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA BT AB AZIZ

EMAIL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

EDUWEBTV

eduwebtv

TV

RUJUKAN GURU

ICTL

PPSMI

CDRI

EKIOSK

scripts

SUKATAN

TVP

TUKARGURU

rph

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP