KEJAYAAN CEMERLANG UPSR 2009

KEJAYAAN CEMERLANG UPSR 2009

MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2009

>> Friday, May 22, 2009

TARIKH : 21 MEI 2009 (KHAMIS)
MASA : 12.30 TENGAHARI - 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SKS3F
KEHADIRAN : WAJIB

Read more...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

>> Thursday, May 21, 2009

TARIKH : 25, 26 DAN 27 MEI 2009
SASARAN : SEMUA TAHAP THN 1-THN 6

** SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN INI NANTI !

Read more...

LAWATAN PANEL PENILAI ASC 2009

>> Wednesday, May 20, 2009








TARIKH : 19 MEI 2009
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
PENILAI :
1. EN. ISMAIL - JEMAAH NAZIR N. SEMBILAN
2. PN. JAMIAH - JEMAAH NAZIR MELAKA
3. PN. ROHANI - JEMAAH NAZIR N. SEMBILAN

TERIMA KASIH BUAT KALIAN. SEMOGA KAMI DI KALANGAN ORANG YANG BERJAYA. AMIIN.

Read more...

ERATKAN UKHUWWAH

PROGRAM : PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA HARI GURU
HARI : RABU (20 MEI 2009)
MASA : 2.30-6.00 PETANG
TEMPAT : GARAJ KERETA GURU
PESERTA : KUMPULAN 1, KUMPULAN 2, KUMPULAN 3 DAN KUMPULAN 4

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

>> Monday, May 18, 2009

TARIKH : 18 MEI 2009
HARI : ISNIN
MASA : 7.40 - 10.00 PAGI
AKTIVITI :
1. DOA
2. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN, NEGERI & SEKOLAH
3. UCAPAN WAKIL PELAJAR
4. UCAPAN YDP PIBG
5. UCAPAN PENGERUSI KELAB STAF
6. UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR
7. MEMBACA PERUTUSAN HARI GURU
8. IKRAR HARI GURU
9. NYANYIAN LAGU HARI GURU & LAGU TEMA 2009
10. PERSEMBAHAN MURID
11. BERTUKAR-TUKAR HADIAH SESAMA GURU DAN KAKITANGAN
12. HADIAH DARIPADA MURID KPD GURU
13. KARAOKE HARI GURU
14. PERTANDINGAN MEMASAK HARI GURU - RABU (20.5.09) 2.00 PTG
15. SUKANEKA HARI GURU

TERIMA KASIH MURID-MURID. KAMI TIDAK MENGHARAPKAN HADIAH DRPD KALIAN, HANYA KEJAYAAN DARIPADA KALIAN. BELAJARLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK HARI ESOK !

Read more...

PERUTUSAN HARI GURU 2009 - MENTERI PELAJARAN

>> Thursday, May 14, 2009

PERUTUSAN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2009
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

1. Marilah kita semua merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru bagi tahun 2009.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari
Guru sebagai penghormatan jasa kaum guru dan tanda ucapan
terima kasih kepada mereka. Penghormatan ini amat layak diberikan
kerana usaha gigih guru dalam mendidik insan merupakan peranan
yang mulia. Pembangunan diri insan yang cemerlang akan
menentukan matlamat pembinaan sebuah negara yang maju dan
aman akan dapat kita capai.
2. Menyedari pentingnya pembinaan negara bangsa bagi
sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, Kementerian
Pelajaran telah memilih “Guru Pembina Negara Bangsa” sebagai
tema Hari Guru pada tahun ini. Keupayaan membina Negara Bangsa
amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat
patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
semua lapisan rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani,
mempunyai kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk
ketahanan negara. Nilai sosial seperti semangat kekitaan, perasaan
saling hormat-menghormati, mengamalkan sifat toleransi, taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap negara wajarlah
dipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannya
budaya hidup masyarakat.

3. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa
adalah selaras dengan gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat
1 Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak
ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang
disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi
masing-masing.

4. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan
yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan
rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek
penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan
perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian
Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi
memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan
semangat kebangssan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi
cabaran globalisasi.

5. Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat
memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab
mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk
menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk
akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

6. Membina Negara Bangsa merupakan Teras Strategik yang
pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. Bagi menjayakan Teras Strategik ini, pelbagai program dan
projek yang berkaitan dengan kebahasaan, kesusasteraan, patriotik,
serta seni, warisan dan budaya telah dirancang oleh pihak
Kementerian. Ia bertujuan untuk memperkukuh perpaduan bangsa,
membina identiti nasional, memperteguh semangat kebangsaan
serta membangunkan sumber manusia bagi mengisi keperluan
negara. Semoga, dengan jati diri yang kental dan semangat patriotik
yang tebal, akan lahirlah bangsa Malaysia yang utuh dan bermaruah.

7. Tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan
selesai. Sebaliknya ia semakin kompleks dan mencabar selaras
dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini. Saya menyeru
kepada semua guru supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu dan
kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti
supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak
didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah
berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat
memerlukan khidmat bakti para guru.

8. Kepada Kerajaan Pusat, jutaan terima kasih diucapkan atas
keprihatinan dan sokongan padu yang sentiasa diberi kepada
Kementerian Pelajaran. Malah, dalam kemuraman ekonomi dunia
yang mana Malaysia turut merasai bahangnya, kepentingan
pendidikan tetap diutamakan. Suntikan RM200 juta kepada
Kementerian Pelajaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang
pertama, diikuti RM2.093 bilion lagi melalui Pakej Rangsangan
Kedua merupakan bukti kukuh betapa komitednya pihak Kerajaan
dalam memastikan pembangunan pendidikan terus berjalan seperti
yang dirancang dan disasarkan.

9. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima
kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap
dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Hari Guru.


TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Read more...

PERUTUSAN HARI GURU 2009

PERUTUSAN HARI GURU
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2009
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang dihormati sekalian,

1. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat menyambut perayaan Hari
Guru pada 16 Mei 2009. Pada hari ini, kita akan bersama-sama
merayakan hari yang amat istimewa bagi setiap warga pendidik. Semenjak
tahun 1972, sambutan Hari Guru merupakan hari yang sangat bermakna
buat kita bagi menghargai sumbangan, komitmen dan pengorbanan warga
guru dalam pembinaan perpaduan dan integrasi, pembangunan negara
dan perkhidmatan kepada masyarakat untuk membentuk anak-anak
bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

2. Sehubungan itu suka saya nyatakan di sini, tema sambutan Hari
Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” amat sesuai dan
bertepatan dengan tuntutan persekitaran yang menuntut pembangunan

warganegara sejak awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan
cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya juga
kesenian bangsa. Dalam masa yang sama, anak-anak didik juga perlu
dipersiapkan agar bersedia menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi
serta liberalisasi. Justeru, para guru perlu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik pada setiap masa bagi
memenuhi keperluan dan harapan negara ke arah membangunkan modal
insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika serta
memupuk dan menanamkan sifat toleransi dalam kalangan pelajar bagi
melahirkan masyarakat bersatu padu yang harmoni dan bertolak ansur.

3. Saya percaya peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen
perubahan adalah sangat dituntut demi mencapai matlamat yang diingini
oleh negara. Sebagaimana yang kita maklum, peranan guru bukan sahaja
mengajar mata pelajaran yang ditugaskan tetapi juga mendidik minda dan
membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan
bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai
oleh guru-guru hari ini. Menyedari hakikat tersebut, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah menetapkan ‘Membina
Negara Bangsa’ sebagai satu daripada enam teras utama bagi negara
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Di bahu gurulah
terletaknya tanggungjawab dan harapan untuk membangunkan modal
insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju.

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,

4. Saya ingin menegaskan bahawa guru sebagai pendidik telah terbukti
memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa. Para guru
perlulah berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan
bidang keguruan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan
ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Adalah menjadi harapan
masyarakat, para guru memainkan peranan membentuk jati diri murid
yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh
kepada ajaran agama dan nilai sejagat, seterusnya menjadikan anak didik
sebagai warganegara glokal yang mampu bersaing seiring dengan
kepesatan dunia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan
dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara
jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.

5. Dalam usaha meningkatkan perpaduan berbilang kaum, di peringkat
awal persekolahan lagi kita telah memupuk jati diri murid melalui kurikulum,
program ko-kurikulum dan sukan. Sehubungan itu, guru sebagai pendidik
perlu memastikan diri mereka bersedia untuk berusaha lebih inovatif,
proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik
untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini tentunya menuntut perancangan
dan pelaksanaan yang cekap daripada para guru agar pendidikan mampu
menjadi wahana perpaduan yang berkesan.

6. Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan guru juga dituntut
menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik,
menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum. Pelaksanaan program-program ini menuntut
kerjasama dan komitmen guru untuk menerapkan elemen perpaduan dan
ini membuktikan bahawa sekolah adalah tapak semaian yang terbaik untuk
menyuburkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para guru atas kerjasama dan komitmen yang
telah diberikan selama ini. Saya percaya para guru akan sentiasa berusaha
dan beriltizam untuk melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan agar
ianya mampu melahirkan negara bangsa mengikut acuan kita.

7. Seterusnya dalam dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar
ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas
aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini, sebagai pendidik yang
berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, guru adalah
pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah
melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,

8. Akhir kata sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya
berharap agar warga guru hendaklah sentiasa mempunyai sifat dedikasi
dan komited semasa menjalankan tugas masing-masing. Segala yang
tuan-tuan dan puan-puan lakukan adalah demi kepentingan pendidikan anak-anak kita, demi melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan. Ketepikan kepentingan diri, berkhidmatlah dengan penuh
jujur dan ikhlas serta sentiasa menjaga integriti dan nama baik. Sekiranya
warga guru tidak mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi,
bagaimana kita mengharapkan generasi yang baik dan berkualiti hasil
daripada acuan didikan kita akan dapat dikeluarkan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat Hari Guru.

DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Read more...

KERJASAMA BUDAYA KAMI...

>> Tuesday, May 12, 2009











Read more...

HARI GURU 2009

TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LAGU GURU MALAYSIA

KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTERA PUTERI NEGARA KITA
PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA
DI BIDANG PEMBANGUNAN
KAMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU MEMBINA
NEGARA YANG TERCINTA
AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN

LAGU TEMA HARI GURU 2009

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Read more...

UNIKNYA SKS3F...

>> Tuesday, May 5, 2009

ALMARI DLM BILIK JAWI....KAMI DICALONKAN BENCHMARK J-QAF PADA TAHUN 2007.
BUSTAN IBN KHALDUN. DEPAN DEWAN IBN KHALDUN. CANTIK !
PRASEKOLAH KAMI, 4 BINTANG. JEMPUTLAH DATANG !

Read more...

UNIKNYA KAMI...

KANTIN NAN PERMAI, ADA KUNING ADA MERAH....ADA INFO LAGI. SAMBIL MAKAN LEH BACA...
TAHUN 3 UKM...SELALU JUGA MENJADI KELAS TERBERSIH. BERSIH KAN??? CANTIK. GURU KELAS, PN NOOR HAYATI HARON. ORANGNYA CERIA. KELAS PUN CAM ORGNYA.
ERM...HEHEHEH. NI KELAS DEN....KELAS 2 UKM, BARU BUAT TRANSFORMASI....KATA KENKAWAN..HEHEHHE. MINGGU NI BARU JADI KELAS TERBERSIH. MURID-MURIDNYA RAJIN MENGELAP TINGKAP, BUANG SAMPAH, MENYAPU SAMPAH, MENYIRAM BUNGA....DIORANG GEMBIRA BILA KELAS BERSIH.

Read more...

UNIKNYA KAMI...

TAHUN 3 UM. GURU KELAS PN. NOORALIZA LAILY MURAD. SELALU MENJADI KELAS TERBERSIH KATEGORI THP 1. SYABAS !!!
LAWATAN KE SINGAPURA. WAHHHHH, ANTARABANGSA DAH !
KELAS PEMULIHAN, HASIL KREATIVITI SUAMI & ISTERI, EN KHAIRUL AZMAN & PN. NORA. CANTIKKAN?

Read more...

SKS3F BAGAIKAN PESTA...UNIKNYA KAMI !

BILIK GERAKAN YANG EKSLUSIF...UNTUK SEMUA WARGA SKS3F. TERIMA KASIH PN. NORSIDAH, ORG KUAT BILIK GERAKAN.
TEMPATNYA TERPEROSOK KAT BELAKANG SEK, TAPI LANSKAPNYA MENJADI PUJIAN PENGUNJUNG....TERIMA KASIH KPD CIKGU HASANIANUAR, DAN EN ADZMI, GURU KH SKS3F.
INILAH KELAS TAHUN 1 USM...HEBATKAN...THN 1 PUN DAH GUNA SKIRTING, APALAGI KELAS-KELAS ATAS...

al-Hamdulillah, SKS3F berjaya sampai ke peringkat akhir, pencalonan Anugerah Sekolah Cemerlang untuk ke sekian kalinya. Kami, guru-guru menyambutnya dengan ceria dan bahagia. Kami meraikannya dengan mengadakan operasi keceriaan sekolah secara habis-habisan....ada yang dtg awal pagi, balik lewat petang, pukul 7.00 malam baru balik rumah....gara-gara menceriakan bilik-bilik khas, pondok-pondok ilmu, kantin, kelas dan pelbagai tugasan lainnya. Terima kasih buat semua guru, semua guru lebih-lebih lagi guru kelas tk pernah berkira untuk keceriaan sekolah dan kelas masing-masing. Betapa uniknya sekolah kami....

Read more...

UNIKNYA SK SERTING 3 (F)....

>> Monday, May 4, 2009

Read more...

PROFIL SK SERTING 3 (F) ONLINE

PEMBINA PROFIL SKS3F 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ

PROFIL SKS3F

PEMBINA PROFIL SKS3F THN 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ

PANORAMA - SUMBER PROFIL SK SERTING 3 (F)

PEMBINA PROFIL SKS3F : PN. HJH. SHAZLINA AB AZIZ 2006-2009

1MALAYSIA

INFO KESELAMATAN ICT

Video Keselamatan Komputer 1

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

Video Keselamatan Komputer 2

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

PRASARANA SEKOLAH

PEMBINA PROFIL SKS3F 2005-2009 : PN. HJH. SHAZLINA BT AB AZIZ

EMAIL

Yahoo

Hotmail

MSN MESENGGER

YAHOO MESENGGER

EDUWEBTV

eduwebtv

TV

RUJUKAN GURU

ICTL

PPSMI

CDRI

EKIOSK

scripts

SUKATAN

TVP

TUKARGURU

rph

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP